Insurans pihak ke-3 mahal-metro

Posted by Mat Poyo on Monday, June 13, 2011

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) digesa campur tangan untuk menangani isu caj insurans yang ?tidak masuk akal? dan manipulasi pembelian insurans pihak ketiga oleh syarikat insurans.

Isu berkenaan dibangkitkan sekali lagi di Dewan Rakyat dan kali ini BNM digesa mencari penyelesaian segera memandangkan ia berlarutan sejak dua tahun lalu. Sepakat mempertikaikan ketelusan syarikat insurans dalam isu berkenaan, beberapa anggota Parlimen dari barisan penyokong kerajaan dan pembangkang mahu tindakan tegas diambil terhadap syarikat terbabit demi kepentingan rakyat. Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mendakwa kebanyakan syarikat insurans mengenakan kadar tidak masuk akal dan tinggi untuk insurans pihak ketiga dibeli pemilik kenderaan berusia 10 tahun ke atas. ?Pak cik saya beli insurans kereta, tetapi bila kenderaan itu lebih 10 tahun, syarikat (insurans) tidak mahu terima (pembelian insurans). Malah, bagi kenderaan yang lebih 10 tahun, insuransnya lebih tinggi daripada kereta baru, saya minta BNM tengok masalah ini,? tegasnya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, semalam. Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan ramai rakyat di luar bandar yang biasanya menggunakan kereta lama merasa tidak adil. ?Apakah tidak boleh Kementerian Kewangan mewujudkan syarikat insurans yang baru dan boleh menerima insurans pihak ketiga ini dengan harga berpatutan, jangan terikat dengan syarikat yang ada sekarang,? katanya menyarankan penubuhan syarikat insurans 1Malaysia. Menyokong perbahasan Mohamed, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula menyarankan kerajaan mengkaji operasi semua syarikat insurans dengan mewujudkan jawatankuasa khas untuk memantau operasi mereka. ?Perniagaan yang banyak menipu rakyat ialah perniagaan insurans. Semua kalau boleh mahu diinsuranskan, tetapi apabila ada berlaku sesuatu dan tuntutan dibuat berpuluh tahun baru diselesaikan,? katanya. - Bernama

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment